Kamis, 01 Juli 2010

Hidup

Kehidupan adalah lautan yang dipenuhi gelombang, taufan dan goncangan, membawa pelbagai cuaca, sudah pasti memberi kesan membekas di hati manusia.

Hati manusia ibarat sampan kecik yang dipaksa berlayar dalam lautan luas. Mau atau tidaj, manusia perlu benar-benar memahami, belajar dari lautan kehidupan sebaik saja mereka membuka mata, dan bersedia memulakan pelayaran.

Suri teladan para pelayar sudah ada dihadapan, tinggal memilih cara mereka atau membentuk kaedah pelayaran tersendiri berdasarkan pengalaman mereka.

Pelayar yang baik tidak lain dan bukan adalah baginda Rasulullah s.a.w

Andai ombak kuat melanda bahtera, jangan disangka tiada harapan dapat berlabuh dg selamat. Ingat-ingat semakin diuji, itu tandanya kasih sayang Allah Ta'ala dan Dia tidak akan membebankan hamba-Nya melainkan sesuai dg apa yang daya kekuatan.

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya' (QS. Al-Baqarah 286)

0 komentar:

Posting Komentar